
Manusia yang tidak BERENERGI atau tidak bertenaga, akan lemah, tidak BERMAYA, jadi MALAS, LEMBAB dan KURANG PEGERAKANNYA. Mukanya akan nampak pucat, letih, malahan ada yang lebih teruk nampak kusut masai.
Rumah yang “tidak bertenaga” selalunya nampak SURAM, MERIMASKAN (rasa macam kurang oksigen-sesak nafas), SEPI, malahan ada rumah yang akan kelihatan MENAKUTKAN. Rumah yang tidak bertenaga atau tidak energinya selalu kurang pergerakan dan tiada suasana ceria di dalam rumah tersebut. Bagai orang lama atau orang-orang tua, RUMAH tersebut selalunya dipanggil rumah yang TAK ADA ROH atau JIWA.
Begitu juga bagi premis atau kedai perniagaan yang tidak bertenaga atau berenergi yang juga selalunya kurang pelanggan, kosong dan tidak ada “ROH” kejayaan di dalamnya. Kekosongan kedai tersebut akan memuramkan dan menyedihkan tuan punya kedai tersebut. Pelanggan yang lalu atau yang singgah di kedai tersebut juga akan RASA kosong dan tidak gembira untuk membeli atau membuat urusan di kedai tersebut.
Tiga contoh di atas adalah penjelasan mudah yang dapat menunjukkan bagaimana energi atau tenaga sangat penting untuk berada di dalam sesuatu objek mahupun disekeliling objek tersebut. Baik objek tersebut satu objek fizikal mahupun objek yang metafizik (yang tidak nampak).
Begitu juga dengan IMPIAN atau sesuatu MATLAMAT yang berada di dalam minda atau diri seseorang individu. Ia perlu ada ENERGI dan BERTENAGA untuk bergerak , berkembang dan menjadi realiti.
IMPIAN atau MATLAMAT yang tidak berenergi atau bertenaga selalunya IMPIAN yang “kering”, “pudar”, “mati” dan tidak berkembang secara positif ke arah manifestasi. IMPIAN ini biasanya KOSONG dan tidak ada ROH mahupun JIWA. Orang yang mempunyai IMPiAN atau CITA-CITA yang suram memang tidak PUNYA SEMANGAT, KEINGINAN YANG MEMBARA, FOKUS dan KEYAKINAN yang impian atau matlamat mereka akan tercapai. Kerana itu IMPIAN mereka terus pudar dan lemah tanpa TENAGA yang akan mengerakkannya.
Teori Einstain dalam sains fizik mengatakan, sesuatu pergerakan akan berlaku bila ada TENAGA atau DAYA KUASA yang menolak atau mengerakkanya.
Jadi, adakah anda selalu melihat dan meneliti IMPAIN anda atau MATLAMAT anda setiap hari? Lemahkah? SURAMkah? Ada ROHkah? Atau….KAKU dan SEPI?
Jadi...energizekan Matlamat & Impian anda!
yusa
balikpulau